Panduan menjawap bm upsr bm k1
View more presentations from suwaibahsussana.
LANGKAH | AKTIVITI P&P | CATATAN |
Set induksi (3 minit) | 1. Guru menyoal murid tentang perayaan yang diraikan oleh pelbagai kaum di Malaysia. 2. Murid-murid menyenaraikan perayaan yang diketahui oleh mereka. | Pengetahuan sedia ada / pembelajaran kontekstual |
Langkah 1 (5 minit) | 1. Guru mengedarkan lembaran kerja secara terbalik untuk menimbulkan rasa ingin tahu murid. 2. Murid meneliti gambar . 3. Murid menyenaraikan situasi yang terdapat dalam gambar. 4. Guru mencatat jawapan yang disenaraikan oleh murid pada papan putih. | KP:Intrapersonal |
Langkah 2 (15 minit) | 1. Daripada jawapan yang disenaraikan, murid dalam kumpulan menyusun ayat majmuk. 2. Setiap kumpulan membacakan ayat majmuk yang telah dibina. 3. Kumpulan lain membetulkan kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut. - murid mengedit ayat dari segi ejaan, tanda baca, pengimbuhan dan susunan ayat. 4. Guru membimbing murid membina susunan ayat majmuk yang betul. | KP:Interpersonal KB:Menjana idea KP:Verbal-linguistik KP:Pembelajaran konstruktivisme |
Langkah 3 (5 minit) | 1. Murid-murid menulis ayat-ayat yang telah dibetulkan ke dalam lembaran kerja. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja kedua sebagai kerja susulan murid untuk menguji penguasaan murid secara individu. | KP:Intrapersonal |
Penutup (2 minit) | 1. Murid membuat rumusan tentang isi pelajaran dan nilai murni yang berkaitan. | KB: Merumus |