RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : 6 Bestari
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tarikh : 3 Oktober 2011
Masa : 9:20 – 9:50 pagi(30 minit)
Bilangan murid : 40 orang
Tajuk : Rumah Terbuka Hari Raya
Hasil pembelajaran : Fokus utama 8.1 Aras 3 (i)
Fokus sampingan 2.2 Aras 1 (i)
Objektif : 1. Membina ayat majmuk dengan perluasan subjek dan predikat.
2. Menyampaikan hasil pemerhatian yang dilakukan dengan
menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Aktiviti : 1. Set induksi
2. Murid meneliti gambar.
3. Murid membina ayat dalam kumpulan.
4. Murid membacakan ayat yang telah dibina.
5. Guru dan murid membetulkan ayat.
6. Murid menulis ayat.
7. Penutup
Alat bantu mengajar : Lembaran kerja
Sistem bahasa : Ayat majmuk
Pengisian kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai Perpaduan antara kaum, saling menghormati
KBT Pembelajaran kontekstual
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah belajar dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tentang
perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia.
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MAKRO
LANGKAH | AKTIVITI P&P | CATATAN |
Set induksi (3 minit) | 1. Guru menyoal murid tentang perayaan yang diraikan oleh pelbagai kaum di Malaysia. 2. Murid-murid menyenaraikan perayaan yang diketahui oleh mereka. | Pengetahuan sedia ada / pembelajaran kontekstual |
Langkah 1 (5 minit) | 1. Guru mengedarkan lembaran kerja secara terbalik untuk menimbulkan rasa ingin tahu murid. 2. Murid meneliti gambar . 3. Murid menyenaraikan situasi yang terdapat dalam gambar. 4. Guru mencatat jawapan yang disenaraikan oleh murid pada papan putih. | KP:Intrapersonal |
Langkah 2 (15 minit) | 1. Daripada jawapan yang disenaraikan, murid dalam kumpulan menyusun ayat majmuk. 2. Setiap kumpulan membacakan ayat majmuk yang telah dibina. 3. Kumpulan lain membetulkan kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut. - murid mengedit ayat dari segi ejaan, tanda baca, pengimbuhan dan susunan ayat. 4. Guru membimbing murid membina susunan ayat majmuk yang betul. | KP:Interpersonal KB:Menjana idea KP:Verbal-linguistik KP:Pembelajaran konstruktivisme |
Langkah 3 (5 minit) | 1. Murid-murid menulis ayat-ayat yang telah dibetulkan ke dalam lembaran kerja. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja kedua sebagai kerja susulan murid untuk menguji penguasaan murid secara individu. | KP:Intrapersonal |
Penutup (2 minit) | 1. Murid membuat rumusan tentang isi pelajaran dan nilai murni yang berkaitan. | KB: Merumus |
Anak-anak 6 Bestari (2011) dalam kenangan. Terima kasih kepada semua anakku kerana menjayakan makro pengajaran tempoh hari. Tahniah juga kerana keputusan BM Kertas 2 UPSR tahun ini melonjak dari 79%(2010) kepada 97.1% (2011). Keputusan BM Kertas 1 juga meningkat dari 92.1%(2010) ke 96.2%(2011). Selamat maju jaya dalam hidup masing-masing. Tahun 2012 kena kerja keras sekurang-kurangnya pertahankan kecemerlangan ini.
3 comments:
Tahniah Cikgu Su berjaya memberikan keputusan cemerlang untuk subjek BM...SKTM berbangga dengan Cikgu Su...Teruskan perjuangan...
Tahniah buat cikgu,warga sekolah dan anak-anak murid..
Terima kasih semua yg respon kpd blog saya yg masih kurang ni..wuh respon2 inilah yang buat saya kian bersemangat nak menggempakkan lagi blog ini..
Post a Comment