Wednesday 14 December 2011

BM Kertas 2 (Bahagian A) UPSR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas                            : 6 Bestari
Mata pelajaran            :  Bahasa Malaysia
Tarikh                           :  3 Oktober 2011
Masa                            :  9:20 – 9:50 pagi(30 minit)
Bilangan murid            :  40 orang
Tajuk                             :  Rumah Terbuka Hari Raya
Hasil pembelajaran     :  Fokus utama            8.1 Aras 3 (i)
                                         Fokus sampingan    2.2 Aras 1 (i)
Objektif                        :  1.  Membina ayat majmuk dengan perluasan subjek dan predikat.
  2.  Menyampaikan hasil pemerhatian yang dilakukan dengan  
       menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Aktiviti                         :  1.  Set induksi
                                       2.  Murid meneliti gambar.
                                       3.  Murid membina ayat dalam kumpulan.
                                       4.  Murid membacakan ayat yang telah dibina.
                                       5.  Guru dan murid membetulkan ayat.
                                       6.  Murid menulis ayat.
                                       7.  Penutup
Alat bantu mengajar    :   Lembaran kerja
Sistem bahasa            :  Ayat majmuk
Pengisian kurikulum   :  Ilmu              Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
                                        Nilai              Perpaduan antara kaum, saling menghormati
                                        KBT              Pembelajaran kontekstual
Pengetahuan sedia ada :  Murid-murid pernah belajar dalam mata pelajaran Kajian
                                             Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tentang
                                             perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia.

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MAKRO


LANGKAH

AKTIVITI P&P

CATATAN

Set induksi
(3 minit)

1.  Guru menyoal murid tentang perayaan yang  
     diraikan oleh pelbagai kaum di Malaysia.
2.  Murid-murid menyenaraikan perayaan yang
     diketahui oleh mereka.


Pengetahuan sedia ada / pembelajaran kontekstual

Langkah 1
(5 minit)

1.  Guru mengedarkan lembaran kerja secara
     terbalik untuk menimbulkan rasa ingin tahu
     murid.
2. Murid meneliti gambar .
3. Murid menyenaraikan situasi yang terdapat
     dalam gambar.
4.  Guru mencatat  jawapan  yang disenaraikan
     oleh murid pada papan putih.





KP:Intrapersonal

Langkah 2
(15 minit)

1. Daripada jawapan yang disenaraikan, murid
     dalam kumpulan menyusun ayat majmuk.
2.  Setiap kumpulan membacakan ayat majmuk
     yang telah dibina.
3.  Kumpulan lain membetulkan kesalahan yang
     terdapat dalam ayat tersebut.
     - murid mengedit ayat dari segi ejaan, tanda
       baca, pengimbuhan dan susunan ayat.
4.  Guru membimbing murid membina susunan
     ayat majmuk yang betul.


KP:Interpersonal
KB:Menjana idea
KP:Verbal-linguistik




KP:Pembelajaran
konstruktivisme

Langkah 3
(5 minit)

1.  Murid-murid menulis ayat-ayat yang telah
     dibetulkan ke dalam lembaran kerja.
2.  Guru mengedarkan lembaran kerja kedua
     sebagai kerja susulan murid untuk menguji
     penguasaan murid secara individu.


KP:Intrapersonal

Penutup
(2 minit)

1. Murid membuat rumusan tentang isi pelajaran
    dan nilai murni yang berkaitan.


KB: Merumus



Anak-anak 6 Bestari (2011) dalam kenangan.  Terima kasih kepada semua anakku kerana menjayakan makro pengajaran tempoh hari.  Tahniah juga kerana keputusan BM Kertas 2 UPSR tahun ini melonjak dari 79%(2010) kepada 97.1% (2011).  Keputusan BM Kertas 1 juga meningkat dari 92.1%(2010) ke 96.2%(2011). Selamat maju jaya dalam hidup masing-masing. Tahun 2012 kena kerja keras sekurang-kurangnya pertahankan kecemerlangan ini.